Video Guru Di Pedalaman
Dunia pendidikan memang tidak lepas daripada
pelbagai isu sama ada membabitkan para guru dan para pelajar. Isu guru di pendalaman ini semakin hangat dibincangkan pada masa kini. Selain
itu, isu mengenai guru yang enggan bertugas di luar Bandar walaupun menyedari
tanggungjawab dan peranan profesion perguruan, ia bukan satu persetujuan bagi
lepasan institusi perguruan untuk menerima tawaran mengajar di kawasan pendalaman.
Selain faktor kedudukan sekolah yang amat jauh, kebanyakkan mereka sukar
menerima jika dihantar di luar kawasan disebabkan alas an kemudahan terhadSelain masalah kemudahan, keselamatan guru-guru juga
di pertikaikan semasa berada di pendalam. Lantaran itu, ada guru yang sanggup
menganggur dan menukar profesion daripada dihantar nun jauh di pedalaman.
Walaubagaimanapun tidak semua guru berfikiran sedemikian, mereka yang menedari
tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik anak bangsa akan menerima tawaran
mengajar walaupun terpaksa meninggalkan keluarga dan kehidupan di bandar.
Sebab lain yang menjadi punca mengapa segelitir guru
tidak mahu di hantar ke sekolah pendalaman adalah masalah pengangkutan.
Kebanyakkan sekolah pedalaman di Sabah dan
Sarawak tiada kemudahan pegangkutan darat. Maka masalah ini akan menjadi mimpi
ngeri bagi guru-guru yang akan di hantar ke sekolah pendalaman. Terputusnya
hubungan dengan dunia luar juga merupakan punca ataupun sebab mengapa guru
sekarang tidak mahu di hantar ke sekolah pedalaman. Contohnya, guru yang
mengajar di sekolah pedalaman di Sarawak kebiasaannya akan pulang bercuti pada
cuti hujung tahun persekolahan sahaja.
Menurut Dr.Puad Zarkashi, memang tidak dapat
dinafikan guru – guru yang berada di pedalaman menghadapi kesukaran bekalan makanan, sebgai contohnya di Kinarut
apabila guru keluar membeli barang di Persiangan kadang-kadang guru yang keluar
itu akan tersadai selama dua hari apabila pemandu terlupa mengambil guru
tersebut. Ini akan menyebabkan guru tidak dapat mengajar manakala kos mereka
untuk pergi dan balik adalah lebih kurang RM500 dengan hanya menaiki bot.
Walaubagaimanapun
masalah yang dhadapi oleh guru di pedalaman, kerajaan tidak memandang ringan
masalah yang mereka hadapi ini . Kerajaan sedang berusaha untuk menaik taraf
kehidupan guru dipendalaman dengan sebaik mungkin. Selain itu, Kuaters
guru juga semakin menjadi isu buat masa
sekarang kerana dikatakan kuaters guru
di kawasan pedalaman amat usang dan tidak mempunyai kemudahan seperti bekalan
air dan bekalan elektrik. Begitu juga dengan bangunan yang tidak kukuh.
Bagaimanapun
terdapat masalah lain selain daripada masalah kuaters guru-gru dipendalam iaitu
masalah dimana para guru yang terpaksa merentasi kawasan hutan yang dipenuhi
dengan binatang buas setiap hari untuk datang ke sekolah. Begitu juga guru yang
harus mengharungi beberapa anak sungai. Cabaran seperti inilah yang akan melemahkan
semangat guru-guru yang akan dihantar ke kawasan pedalaman. Namun tanggungjawab
kita sebagai pendidik haruslah diperjuangkan dan jadikannya sebagai pengalaman
hidup. Guru haruslah menyesuaikan diri dan pastinya guru akan menjadi lebih
matang dan gembira menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik walau dimana pun
guru itu ditempatkan.
Tambahan
pula, ada kawasan pedalaman tidak mempunyai kemudahan klinik. Ini menyukarkan
para guru untuuk memdapatkan rawatan dan membeli ubat. Hanya membawa bekalan
ubat yang dibeli di farmasi. Jika hendak
ke klinik akan mengambil masa yang panjang. Kecuali keadaan kesihatan yang
serius maka terpaksa juga mengagahkan diri ke bandar untuk mendapat rawatan.
Guru telah diberikan tanggungjawab dan amanah
sebagai pendidik dan mendidik anak bangsa, pastinya segala kesukaran dihadapi
tidak harus menjadi penghalang, sebalik
anggap ia sebagai cabaran. Madah menyebut, guru itu ibarat lilin,
membakar diri demi menerangi orang lain amat berasas kerana mereka langsung
tidak menjadikan kekurangan infrastruktur atau ketidakselesaan hidup di pedalaman sebagai pengahalang tugas.
Rujukan:
- Utusan Online . 24 julai2012. Dipetik daripada
saya berpendapat, kementerian harus menitikberatkan masalah guru-guru dipendlaman ini kerana ia berkait rapat dengan prestasi guru itu sendiri...selain itu, masyarakat luar jangan hanya menunding jari ke arah guru dan mengetakan mereka hanya tidak biasa tinggal jauh dipedalam. kita harus paham bagaimana peraasaan kita jika kita ditempat mereka .
ReplyDeleteTerdapat kesan daripada isu guru enggan mengajar di kawasan pendalaman antaranya adalah murid di sesebuah kawasan itu akan menjadi mangsa dan tercicir dalam pengajaran kerana kekurangan guru-guru terlatih. Murid-murid di kawasan pedalaman dahagakan ilmu daripada seorang guru. Mereka adalah permata dibelantara dan permata yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan.
ReplyDeleteSelain dari masalah perpindahan guru pedalaman, kesan lain yang dapat kita lihat antaranya ialah daripada segi pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Seperti mana yang kita tahu murid memerlukan guru yang terlatih untuk mendidik mereka dan mereka memerlukan pegetahuan yang banyak mengenai dunia luar dan teknologi terkini di dalam pendidikan. Jika guru enggan bertugas di tempat sebegini siapalah yang akan membela nasib mereka kelak dan sampai bila-bila pun kehidupan mereka akan tetap di tampuk yang sama. Seorang guru yang baik haruslah membawa perubahan dan inovasi yang baru untuk anak didik mereka. Anggaplah ini sebagai cabaran untuk para guru di luar sana, madah berkata “kalau bukan kita siapa?”.
ReplyDeleteAntara langkah-langkah yang boleh kita gunakan untuk mengahadapi masalah-masalah guru dipedalaman ini adalah seperti mewajibkan guru berkhidmat di kawasan pedalaman. Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka. Langkah ini dikatakan penting untuk mangatasi asalah guru yang enggan mengajar di kawasan pedalaman walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan intensif sebagai galakan.
ReplyDeleteIni adalah satu cbaran kepada guru untuk berkorban demi kepentingan negara dan berkhidmat di kawasan pedalaman yang memerlukan perkhidmatan mereka. Selain itu, Menteri pelajaran juga berkata bahawa guru perlu mengambil cabaran itu sebagai satu bentuk khidmat negara kerana akan wujuf kepincangan dalam sistem pendidikan negara sekiranya semua guru hanya mahu berkhidmat di bandar.
Menjaga kebajikan guru juga adalah langkah penting yang harus dilaksanakan oleh kerajaan demi menjaga guru-guru di pedalaman contohnya, membaikpulih kuaters-kuaters guru yang terdapat di kawasan pedalam yang selalu digambarkan usang dan tidak selamat diduduki oleh guru yang mengajar di pedalaman. Selain itu, urusan perpindahan guru juga haruslah dilakukan secara sistematik oleh pihak yang terlibat agar tidak timbul masalah di kemudian hari apabila tempoh mereka telah cukup mengajar di kawasan pedalaman.
Kemudahan elaun dan intensif untuk guru-guru di pedalaman juga haruslah dikekalkan untuk mengalu-alukan lebih ramai guru berminat untuk ke luar Bandar atau kawasan pedalaman. Pemberian elaun hidup susah adalah satu contoh yang terbaik yang amat menggembirakan guru di luar Bandar. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan agar setiap sekolah dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan guru untuk berulang alik ke bandar tanpa sebarang masalah.
Begitu juga dengan kemudahan generator. guru sedia maklum bahawa untuk memberikan bekalan eletrik adalah mengambil masa yang lama dan kesukaran melaksankan projek tersebut kerana sebab –sebab tertentu. Oleh yang demikian, guru di kawasan pedalaman mengharapkan agar kerajaan membekalkan generator bagi membekalkan bekalan eletrik 24 jam tanpa sebarang masalah . Ini sebabkan terdapat sekolah yang mempunyai generator tetapi tidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan minyak.
Selain itu, para guru di pedalaman haruslah dibekalkan bekalan ubat yang mencukupi untuk mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku. Ini kerana kawasan pedalaman tidak mempunyai kemudahan klinik. Selain itu, keadaan jalan yang teruk juga haruslah diperbaiki untuk memudahkan perjalanan guru untuk keluar ke Bandar. Begitu juga dengan masalah kekurangan teknologi khususnya ICT di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman juga menyebabkan guru–guru merasa berat untuk mengajar di sekolah di pedalaman. Kerajaan seharusnya, menitikberatkan masalah ini agar para guru di kawasan pedalaman dapat mengajar murid meraka sejajar dengan pembangunan dan teknologi masa kini.
Kesimpulannya sistem pendidikan terbaik adalah yang memastikan setiap kanak-kanak berjaya dan ejen kepada kejayaan ini adalah guru. Apa yang dapat kita ambil daripada isu guru di pedalaman ini ialah walau dimanapun seorang guru itu di tugaskan, ianya haruslah di sambut dengan positif. Kepayahan di sana akan melahirkan ketabahan dan jiwa yang kental individu yang melalui.