Monday 13 August 2012

ISU TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH



            Isu yang terbaru pada masa kini ialah isu  penggunaan telefon dibenarkan  di sekolah.  Wajarkah para pelajar dibenarkan menggunakan telefon bimbit di sekolah setelah sembilalan tahun lepas semua pelajar dilarang membawa telefon ke sekolah telah mencetuskan pelbagai spekulasi.  Walaubagaimanapun, kebenaran tersebut belum berkuat kuasa. Menurut pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar hanya dibenarkan menggunakan telefon  sebelum waktu persekolahan bermula, sewaktu rehat dan selepas sesi persekolahan tamat. Sewaku aktiviti pengajaran dan pembelajaran telefon bimbit tersebut akan dimatikan.
            Antara sebab penggunaan telefon di sekolah adalah di atas desakan ibu-bapa bagi memudahkan mereka memantau dan memastikan keselamatan anak-anak mereka. Sebelum ini penggunaan telefon bimbit di sekolah dilarang sama sekali disebabkan beberapa perkara iaitu mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran.selain itu, kesan lain adalah wujudnya budaya tidak sihat di kalangan  pelajar.

            Selain itu, masalah  lain yang turut membimbangkan ialah pelajar akan terdedah dengan pencemaran bahasa dan penyebaran gambar lucah jika tidak dipantau. Kita sedia maklum, zaman sekarang  yang penuh dengan teknologi ini pastinya tidak dapat membataskan pelajar-pelajar menggunakan telefon bimbit ini, jika kita menghalang bermakna kita menghalang pelajar terdedah kepada IT. Tanggungjawab ibu bapa dan pentadbir sekolah adalah sangat penting dalam pekara ini. Mereka haruslah memantau dan memastikan pelajar-pelajar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Rujukan : 

    1. Isu telefon bimbit. 15 julai 2012. Dipetik daripada          http://mindapendidik.blogspot.com/2012/07/isu-telefon-bimbit-ke-sekolah-         wajar.html 

3 comments:

  1. isu telefon bimbit semakin diperkatakan sekarang. bagi saya ada pro dan kontra nya seorang murid itu membawa telefon ke sekolah..jika difikir dari sudut positif maka positif la dia ..apabila di fikir negatif maka negatif la dia.

    ReplyDelete
  2. pihak sekolah dan ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting jika benar suatu hari nanti telefon bimbit boleh dibawa ke sekolah oleh anak-anak murid kita . semua pihak harus bekerja samaa untuk membentuk pemikiran dan minda pelajar masa kini yang hidup di zaman teknologi.

    ReplyDelete
  3. isu telefon bimbit juga dikatakan akan membuatkan pelajar lalai dalam matapelajaran kerana telalu obses dengan telefon. walaupun pihak sekolah akan memberikan telefon ini pada waktu -waktu tertentu sahaja dibimbangkan murid akan mengambil kesempatan atas yang dierikan , contohnya melihat perkara yang tidak sepatutnya dan berlakunya kes kecurian. seaik-baiknya semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini .

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi ..