Pada abad ke-21 ini,
guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa,
masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti
pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru
kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar.
Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigm dalam
kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap
guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara
guru menyediakan diri untuknya.
Tekanan emosi
sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang
diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau
tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan
tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan
faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani
cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.
Sumber: Buku Siri Pendidikan Guru, "Guru dan Cabaran Semasa" oleh, Noriati A. Rashid et al.
Sumber: Buku Siri Pendidikan Guru, "Guru dan Cabaran Semasa" oleh, Noriati A. Rashid et al.
dalam menjalankan tugas, guru harus berkebolehan menguruskan tugas dengan sistematik suoaya tidak terlalu terbeban.
ReplyDeleteSebenarnya terdapat banyak strategi untuk mengurus dan mengendalikan tekanan. Namun kesemuanya memerlukan perubahan dalam diri seorang guru. Guru boleh mengubahsuai situasi atau mengubah sesuatu tindakan. Semasa guru ingin membuat pilihan, adalah penting untuk guru berfikir tentang empat aspek iaitu elak, ubah, modifikasi atau terima.
ReplyDelete