Tuesday, 4 September 2012

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU




Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigm dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.
Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.

Sumber: Buku Siri Pendidikan Guru, "Guru dan Cabaran Semasa" oleh, Noriati A. Rashid et al. 

Monday, 3 September 2012

ISU INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN KAUM





Integrasi antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaannya ialah perpaduan. Oleh hal yang demikian, matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Isu integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara kita. Oleh hal yang demikian, cara yang paling berkesan untuk menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Penyatuan ini pada akhirnya akan mewujudkan perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di sesebuah negara. Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan PerlembagaanPersekutuan dan Rukun Negara.
Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar kerana selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. Malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum pernah menghadapi masalah dan konflik kaum, khasnya peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun hampir lima puluh lima tahun Malaysia merdeka, penduduk berbilang kaum masih melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis. Namun begitu, rakyat dengan latar belakang budaya, agama, bahasa dan asal keturunan yang berbeza akan terus bergerak maju mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam perhubungan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni,damai dan selamat.   
Antara peristiwa yang tercetusnya ketegangan kaum adalah peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan yang berlaku 12 Mac 2001. Dalam pada itu, wujud juga prasangka, amalan diskriminasi dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yang boleh mencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik tertentu. Tambahan pula, isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional yang sentiasa menjadi topik hangat adalah tindakan kerajaan membantu kaum bumiputera dalam bidang sosioekonomi dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain. Topik lain iaitu kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain, kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, peningkatan kes-kes gejala sosial yang dapat menjejaskan proses integrasi, pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, fahaman politik yang melampau dan peranan media massa yang mensensasikan isu-isu perpaduan.
Justeru, banyak usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah dan pihak sekolah untuk memupuk integrasi nasional dan seterusnya membentuk satu bangsa Malaysia. Usaha Malaysia untuk membentuk negara bangsa telah dinyatakan dalam wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi Negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.
Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah Negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Pembinaan negara bangsa menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membuka peluang kepada pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai dan kepercayaan tanpa batasan memberikan cabaran kepada negara kita yang berusaha membentuk satu identiti terunggul untuk masyarakat kita.
Guru sememangnya dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insane dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan dunia luar. Guru dengan kecekapannya melalui system pendidikan berupaya membina sebuah negara bangsa yang berjaya.  Guru harus menggalakkan pengguanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan menjadikan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan. Guru bukan sahaja harus berusaha menanam rasa cinta kepada bahasa Malaysia dalam diri murid-murid tetapi turut juga mencintai bahasa tersebut.
Dalam usaha memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk  mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama. Selain itu, semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh para guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan misalnya. Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan menanam rasa cinta kepada Negara, memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat menghormati serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Di samping itu, penerapan sikap dan nilai-nilai yang murni dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan konsep yang selari dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Menurut penjelasan YAB Dato’Sri Mohd Najib, konsep 1 Malaysia adalah seperti berikut:
“kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia ( one people) dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan krhrndak semua kumpulan etnik dalam negara kita.”
Ini bermaksud rakyat pelbagai kaum dan agama harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing, bukan bertindak atas kepentingan kaum sendiri serta kepimpinan Negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk mengeratkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat. Konsep ini merupakan pemangkin untuk mewujudkan dan membina sebuah Negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara nilai asas yang terdapat dalam semangat perpaduan terdiri daripada perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.



Dimanakah peranan guru dalam menyatu padukan anak bangsa?



Sumber: Buku Siri Pendidikan Guru "Guru dan Cabaran Semasa" oleh, Noriati A.Rashid et al. 

JURANG PERBEZAAN SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR AMAT KETARA



JURANG PERBEZAAN SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR AMAT KETARA. ADAKAH PROGRAM TRANSFORMASI 
PERLU "DILAKSANAKAN DAN DIPERGIATKAN LAGI" BAGI MERAPATKAN JURANG PENCAPAIAN.

SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) JIKA DILAKSANAKAN

 
SEJAUH MANAKAH  KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) JIKA DILAKSANAKAN ...WAJARKAH?

Monday, 13 August 2012

ISU PENDIDIKAN: GURU YANG BERTUGAS DI PEDALAMAN

Video Guru Di Pedalaman 
           Dunia pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru dan para pelajar.  Isu guru di pendalaman ini  semakin hangat dibincangkan pada masa kini. Selain itu, isu mengenai guru yang enggan bertugas di luar Bandar walaupun menyedari tanggungjawab dan peranan profesion perguruan, ia bukan satu persetujuan bagi lepasan institusi perguruan untuk menerima tawaran mengajar di kawasan pendalaman. Selain faktor kedudukan sekolah yang amat jauh, kebanyakkan mereka sukar menerima jika dihantar di luar kawasan disebabkan alas an kemudahan terhadSelain masalah kemudahan, keselamatan guru-guru juga di pertikaikan semasa berada di pendalam. Lantaran itu, ada guru yang sanggup menganggur dan menukar profesion daripada dihantar nun jauh di pedalaman. Walaubagaimanapun tidak semua guru berfikiran sedemikian, mereka yang menedari tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik anak bangsa akan menerima tawaran mengajar walaupun terpaksa meninggalkan keluarga dan kehidupan di bandar.
Sebab lain yang menjadi punca mengapa segelitir guru tidak mahu di hantar ke sekolah pendalaman adalah masalah pengangkutan. Kebanyakkan sekolah pedalaman  di Sabah dan Sarawak tiada kemudahan pegangkutan darat. Maka masalah ini akan menjadi mimpi ngeri bagi guru-guru yang akan di hantar ke sekolah pendalaman. Terputusnya hubungan dengan dunia luar juga merupakan punca ataupun sebab mengapa guru sekarang tidak mahu di hantar ke sekolah pedalaman. Contohnya, guru yang mengajar di sekolah pedalaman di Sarawak kebiasaannya akan pulang bercuti pada cuti hujung tahun persekolahan sahaja.
             Menurut Dr.Puad Zarkashi, memang tidak dapat dinafikan guru – guru yang berada di pedalaman menghadapi kesukaran  bekalan makanan, sebgai contohnya di Kinarut apabila guru keluar membeli barang di Persiangan kadang-kadang guru yang keluar itu akan tersadai selama dua hari apabila pemandu terlupa mengambil guru tersebut. Ini akan menyebabkan guru tidak dapat mengajar manakala kos mereka untuk pergi dan balik adalah lebih kurang RM500 dengan hanya menaiki bot.
            Walaubagaimanapun masalah yang dhadapi oleh guru di pedalaman, kerajaan tidak memandang ringan masalah yang mereka hadapi ini . Kerajaan sedang berusaha untuk menaik taraf kehidupan guru dipendalaman dengan sebaik mungkin. Selain itu, Kuaters guru  juga semakin menjadi isu buat masa sekarang kerana dikatakan  kuaters guru di kawasan pedalaman amat usang dan tidak mempunyai kemudahan seperti bekalan air dan bekalan elektrik. Begitu juga dengan bangunan yang tidak kukuh.
            Bagaimanapun terdapat masalah lain selain daripada masalah kuaters guru-gru dipendalam iaitu masalah dimana para guru yang terpaksa merentasi kawasan hutan yang dipenuhi dengan binatang buas setiap hari untuk datang ke sekolah. Begitu juga guru yang harus mengharungi beberapa anak sungai. Cabaran seperti inilah yang akan melemahkan semangat guru-guru yang akan dihantar ke kawasan pedalaman. Namun tanggungjawab kita sebagai pendidik haruslah diperjuangkan dan jadikannya sebagai pengalaman hidup. Guru haruslah menyesuaikan diri dan pastinya guru akan menjadi lebih matang dan gembira menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik walau dimana pun guru itu ditempatkan.
            Tambahan pula, ada kawasan pedalaman tidak mempunyai kemudahan klinik. Ini menyukarkan para guru untuuk memdapatkan rawatan dan membeli ubat. Hanya membawa bekalan ubat  yang dibeli di farmasi. Jika hendak ke klinik akan mengambil masa yang panjang. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga mengagahkan diri ke bandar untuk mendapat rawatan.
Guru telah diberikan tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik dan mendidik anak bangsa, pastinya segala kesukaran dihadapi tidak harus menjadi penghalang, sebalik  anggap ia sebagai cabaran. Madah menyebut, guru itu ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain amat berasas kerana mereka langsung tidak menjadikan kekurangan infrastruktur atau ketidakselesaan hidup di pedalaman sebagai pengahalang tugas.

Rujukan: 
  1. Utusan Online . 24 julai2012. Dipetik daripada      

       Sarawak-dibatal

ISU TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH



            Isu yang terbaru pada masa kini ialah isu  penggunaan telefon dibenarkan  di sekolah.  Wajarkah para pelajar dibenarkan menggunakan telefon bimbit di sekolah setelah sembilalan tahun lepas semua pelajar dilarang membawa telefon ke sekolah telah mencetuskan pelbagai spekulasi.  Walaubagaimanapun, kebenaran tersebut belum berkuat kuasa. Menurut pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar hanya dibenarkan menggunakan telefon  sebelum waktu persekolahan bermula, sewaktu rehat dan selepas sesi persekolahan tamat. Sewaku aktiviti pengajaran dan pembelajaran telefon bimbit tersebut akan dimatikan.
            Antara sebab penggunaan telefon di sekolah adalah di atas desakan ibu-bapa bagi memudahkan mereka memantau dan memastikan keselamatan anak-anak mereka. Sebelum ini penggunaan telefon bimbit di sekolah dilarang sama sekali disebabkan beberapa perkara iaitu mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran.selain itu, kesan lain adalah wujudnya budaya tidak sihat di kalangan  pelajar.

            Selain itu, masalah  lain yang turut membimbangkan ialah pelajar akan terdedah dengan pencemaran bahasa dan penyebaran gambar lucah jika tidak dipantau. Kita sedia maklum, zaman sekarang  yang penuh dengan teknologi ini pastinya tidak dapat membataskan pelajar-pelajar menggunakan telefon bimbit ini, jika kita menghalang bermakna kita menghalang pelajar terdedah kepada IT. Tanggungjawab ibu bapa dan pentadbir sekolah adalah sangat penting dalam pekara ini. Mereka haruslah memantau dan memastikan pelajar-pelajar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Rujukan : 

    1. Isu telefon bimbit. 15 julai 2012. Dipetik daripada          http://mindapendidik.blogspot.com/2012/07/isu-telefon-bimbit-ke-sekolah-         wajar.html 

Wednesday, 25 July 2012

Mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."